Tuesday, February 28, 2012

Fensi X xRykix #4

Ini terbaik dari xRykix! Raksa aku dimanipulasikan dengan cara yg bijak. Perasaan berkolaberasi dengan sendiri buat, sungguh lain. Kita akan rasa terharu dan terpaku sebab kerja kita disempurnakan lebih daripada yang diimaginasikan. Aku beruntung kenal dengan xRykix. Tak kedekut berkongsi keseronokan dengan aku. Emosi bai aku. Terharu. Nak tengok kerja xRykix, click doodle-monster-art.blogspot.com . Kita kongsi keseronokan bersama sama!

Monday, February 27, 2012

Gubah Flyer #3

 Akhirnya rajin jugak aku buat mengubah flyers ni balik. Ilham datang secara mengejut. Padahal ngantok tahap dewa. Kalau idea tu mencurah curah, memang tak boleh buat apa. Fokus lain macam. Sampai lagu pun aku pause. Macam sebelum ni, yang flyer atas tu sebelum digubah dan kat bawah tu aku yang gubah. Aku sebenarnya teringin nak buat konsep macamni dah lama. Baru sekarang cuba dan rasa puas jugak hati. Kira macam berjaya jugak kot. Kot la kan. Ala bukan selalu syok sendiri. Eh selalu la. Aku tengok pink sana pink sini ni tetiba rasa macam nak pekena Sirap Bandung Ais. Cuaca panas ni sedap ni.

Pasti






Ingat tak Artistik yang aku pernah cerita tu? Kan ada kan sebelum ni aku ada jugak design baju Artistik. Ada kat post sebelum ni. Design dulu dah direject dan didelete. Abadi jadi mockup je la. Kali ni, serius. Aku serius. Oh ya, kenapa sampai nak capap video? Bukan apa, nak kongsi je niatnya. Kenapa ada 4 warna baju? Nak print semua warna ke? Oh tak. Nak print satu warna saja. Saja nak mintak pendapat dan jasa baik kawan sekalian untuk bagitau mana satu yang patut di print. Benda ni untuk jual jadi nak tahu la jugak respon dan minat orang. Ni link, http://www.facebook.com/ThisIsArtistik . Like dan kalau berminat nak guna perkhidmatan mereka, bagitau mereka.

Fensi X xRykix #3

Kali ketiga bai. Serius seronok bekerjasama dengan orang sekepala dan terima idea kita tanpa pertelingkahan anjingan. Kepala yang iras hero zaman aku budak dulu hasil dari pemilik blog yang tidak asing lagi dan doodle-monster-art.blogspot.com nama blog nya. Aku sangat terharu dengan semua ini. Walaupun aku lemah lagi dalam bidang ni tapi ada juga orang percaya kat aku. Tabik!

Friday, February 17, 2012

Normal

Buli tu normal la dalam hidup aku. Aku dah cuba padam normal tu. Nak bagi nampak aku ni kuat dan ada perasaan. Nak bagi aku dihormati. Tapi apakan daya. Kau tengok la sendiri. Aku dah padam normal tu tapi still jugak nampak samar samar. Buli tu dah jadi normal dan aku redha. Eh tak, kalau redha dengan keikhlasan kan? Aku pasrah. Oh ya, yang pakai songkok ada senapang kayu tu dan berbaju hitam tu, budak bilik satu rumah sewa aku yang buat. Dia beruang besar.

Fensi X xRykix #2


Ni iklan makanan ke? Bak kata empunya doodle-monster-art.blogspot.com . Yup, kitorang bekerjasama kali kedua. Tripredoraus tu nama raksasa ni. Sebenarnya raksasa ni ada kaki tapi takkan aku nak buat style binatang peliharaan macam sebelum ni. Apasal Aborted Fetus dia makan? Nama pun raksasa kan. Kalau manusia macam aku dan kau, kita makan Nasi Lemak Ayam Berempah. Aku macam buat style design poster lama tapi susah bai. Tak macam poster lama langsung. Jadi apa yang penting? Jangan membazir tak kira la kau manusia ke raksasa ke apa ke. Membazir kawan apa?

Wednesday, February 15, 2012

Fensi X xRykix #1

Kolaberasi pertama aku. Sumpah teruja ni ha. Meh aku kenal kan karekter ni meh. Yang terapung tu raksasa. Hasil daripada otak kreatif empunya blog http://doodle-monster-art.blogspot.com/2012/02/my-collaboration-work-fluffy-gi.html. Nama raksasa tu, Fluffy Gi. Kenapa Fluffy Gi? Itu kena follow blog yang aku bagi link tadi dan tanya pelukis karekter tu sendiri. Yang tangan patah tu, nama dia Gigih. Gigih ni bagus. Pening dan susah macamana pun masalah, dia akan usaha selesaikannya. Untung dia ada Fluffy Gi sebab tak la dia sunyi. Muka dia tu macam stress. Macam dia tengah stress sangat. Biasa la kan remaja nak ke era perkahwinan. Mana tak stress.

Friday, February 10, 2012

Wallpaper

Ni semua sticker sebenarnya. Aku tampal dekat dashboard kereta adik aku. Ala Boom sticker la. Jenuh jugak nak buat pastu nak potong lagi. Jujur, aku ada jugak cilok idea orang. Eh bukan cilok, aplikasi bak kata band Massacre Conspiracy. Warna sebenar putih sticker dia. Aku terbalikkan warna. Aku guna benda ni untuk design CD assignment website aku. Sekarang ni jadi wallpaper laptop aku. Kalau nak buat ni jadi wallpaper laptop kalian, silakan. Aku upload yang size besar ni. Kalau taknak, takpe. Cadangan kosong saja.

Thursday, February 9, 2012

Ayam

Aku lukis benda ni dah lama. Kalau tak silap aku awal tahun lepas. Baru sekarang rasa bersemangat nak warnakan. Pasal apa ayam? Ayam kan. Mana best kalau nak dibandingkan dengan binatang hensem lain macam seladang, harimau, singa, komodo dan rusa. Kalau dah ayam tu, hensemkan diri macamana pun tetap ayam. Macam aku ni ha, ayam dikalangan rakan sebaya. Contoh paling tepat dan jitu.

Anjing

Tension bai aku. Ada satu folder dalam laptop aku ni, bila bukak je folder tu terus restart program semua. Habis video yang aku tunggu habis buffering kat youtube padam, facebook padam, lagu padam, dan lain lain pun padam. Dah la ada video Yuna yang bagi aku paling stylo ada dalam folder tu. Ha lupa nak bagitau, sebelum dia restart, dia bagi warning. Aku drag la warning dia tu ketepi. Boleh pulak dia melekat lekat. Kawan aku bagi idea bijak, suruh aku print screen yg warning tu pastu conteng. Aku pun print screen dan conteng anjing berak tahi berlalat ni atas warning yang banyak tu. Amik kau. Aku puas hati? Tak bai. Aku nak tengok video Yuna tau tak. Tension.

Oley

Tempat pertama aku beli topi snapback Raiders edisi tiruan tapi lantak la. Dah tu je yang aku mampu kan. Aku seronok pulak main corak pastu kurangkan opacity. Banyak jugak layer aku buat. Nasib cukup pulak ram kali ni nak save. Laptop tua kan. Biasa la buat perangai sekali sekala.

Keparat

Aku sedar aku banyak buat silap. Aku sedar semua tu. Aku mengaku semua tu. Aku akur dengan semua tu. Aku redha? Yup, aku redha dengan semua ni. Pasrah? Yup, aku pasrah sekali. Mungkin ini dah memang tertulis. Aku akan cuba muhasabah diri. Aku taknak jadi manusia keparat. Dibenci orang atas sebab menjadi diri sendiri. Biarlah aku berubah. Berubah ke arah kebaikan tak salah. Kan? Ke salah jugak?