Wednesday, December 26, 2012

Kuda Hitam

Zine ialah salah satu projek aku yang aku teringin nak buat. Kali ni tidak berapa tamil sebab aku dah print pun 3 copy. Untuk aku, untuk penulis cerpen Kuda hitam ni dan untuk tukang semak/proof read zine ni. Yang happy nya, aku berjaya siapkan dan banyak free gift aku bagi macam sticker, poster dan soundtrack. Ha soundtrack? Mungkin ada yang dah rasa nak termuntah, angkat kening ala The Rock dan tunjuk jari tengah dekat depan screen laptop dia. Itu saja aku nak bereksperimen. Kononnya orang baca zine tu sambil ada background muzik yang kena dengan situasi. Aku buat semua lagu instrumental hasil bantuan FL studio. 4 lagu je aku mampu. Aku tak cakap pun berjaya sampai menang Grammy Awards aku buat tu. Masih di peringkat percubaan lagi. Aku mulanya ingat nak start jual dah tapi aku rasa tak puas hati dengan artwork aku. Aku ingat nak remake balik artwork semua. Cerita dah superb dah. Oh lupa nak cerita apa jenis zine ni. Zine ni tak tebal pun. Tak banyak info pun. Anggap dia macam cerpen berillustrasi. Macam art zine pun ada. Aku pun tak tau bila aku nak start buat balik. Rasa malas je ni ha. Padahal, tak buat apa pun kat rumah. Membesarkan perut je ha!

Lookbook Ralatan


























Lama sangat aku tak update blog. Sebelum aku post Lookbook ni, aku saja tengok balik post lama semua. Haih, rasa tua je setiap kali tengok kerja aku. Rasa aku boleh buat lagi baik. Pastu membebel dalam hati. Aku ingat aku nak aktif balik dengan blog ni. Aktif yang termampu la. Pasal Ralatan, dah 4 design dah rupanya. Ni nak masuk design kelima dah ni. Bapak laju masa. Pakai Ex5 convert enjin 125 la ni!

Wednesday, August 15, 2012

Pijak


Patut

Langsung takde kena mengena dengan lagu aku yang patut aku yang patut, nyanyian Sleeq dan Najwa Latiff. Itu cinta, ni pasal hidup. Ada part bangsat dalam diri aku ni. Aku patut terima padah dia. Salah aku kan. Kalau salah kau, kau tunggu padah kau pulak.

Penjelajah

Dari La Dispute, aku kenal Touche Amore. Band hardcore punk yang penuh dengan emosi dan lirik yang puitis nya lebih ringan. Setiap kali aku tengok video live diorang ni, mesti buat aku teruja. Tak perlu pun nak jadi abang acah acah katang. Jadi diri sendiri. Vokalis dia, Jeremy, suara dalam percakapan biasa macam tercekik pisang. Macam nak keluar taknak keluar. Tapi bila dalam formasi Touche Amore, suara dia penuh emosi, kejantanan, bermaruah dan tegas. Serius aku nak aktifkan band aku. Serius! Oh sebelum terlupa, atas ni aku lukis masa dengar lagu ni. Terbang, serius terbang.

Bengkok

Patah tangan ke terseliuh ke bengkak sana bengkak sini ke, kalau dah minat tu memang risikonya macamtu, ikat diri kat tiang lampu pun boleh lepas. Benda tu macam jadi nombor dua. Nombor satu, kepuasan dalam usaha yang banyak kali buat baru berhasil. Usaha tangga kejayaan  kan? Mana ada usaha naik satu dua anak tangga kejayaan. Kan? Kan?

Busu

Bapak saudara aku atau nama aku yang selalu panggil, busu, minta tolong aku designkan banner surau area rumah dia. Aku pun apa lagi, lompat bintang selama seminit tanda teruja. Dapat email details dari busu, aku terus cari bahan dan dalam 45 minit macamtu, siap. Nampak tak betapa semangatnya aku kat situ.

Ringan

Boleh tahan berzaman jugak aku tak update blog ni ha. Ampun, aku terlalu lalai melayan tumblr. Ini hasil daripada pujukan/paksaan kawan sepapan laju aku. Budak sekolah lagi dia. Aku ni tak kisah nak berkawan dengan siapa pun tapi aku kisah sikit dengan orang yang pentingkan diri tahap platipus ni.

Tuesday, May 15, 2012

Gubah Flyer #4


Acah acah gelap kan? Kalau tak gelap, syok sendiri la aku ni ha. Eh, memang aku syok sendiri pun. Background belakang tu gambar ladang teh dekat Cameron Highlands. Masa tu aku bercuti dengan family aku. Gambar tu aku edit sampai rabak dan aku tukar sikit warna dia. Pastu aku letak la shape sikit. Gig ni senior aku dekat UiTM Lendu yang buat. Band dia nama, Better Than Her. August Burn Red Malaysia tu.

Saturday, April 7, 2012

Habis




Sekian lama aku teringin nak buat benda ni. Aku buat jugak. Dari Photoshop ke mock up sembang ke produk realiti. Malam aku design, esok pagi terus print. Teruja bai aku.

Sunday, March 4, 2012

Fensi X xRykix #5

Menurut blog http://doodle-monster-art.blogspot.com, Karekter utama tu namanya Monster Cop. Menarik penjelasan dari xRykix. Aku buat 4 beradik roh raksasa ni follow Monster Cop ni. Mungkin ada sebab diorang ikut Monster Cop ni. Macam dalam hidup ni, kita mengikuti kehidupan seseorang tu sebab apa? Itu semua bergantung pada diri sendiri. Ada yang pasal sebab orang ni hensem, orang tu lawak, orang ni poyo dan lain lain lagi. Kalau paling sweet, sebab jatuh cinta. Ha, mungkin juga 4 beradik roh raksasa ni jatuh cinta dekat Monster Cop? Dunia dorang lain dari dunia kita.

Thursday, March 1, 2012

Agak

Yang sedihnya, bukan semua kita dapat. Cakap memang senang tapi yang cuba jadi si penenang ni boleh tahan jugak payah dia. Memang susah sebenarnya. Bayangan indah masa depan tu yang paling menyakitkan. Pada yang beratur dekat barisan bukan jodoh, jangan risau sebab ramai yang berdoa anda jumpa jodoh anda dan pada yang beratur dekat barisan dah berjodoh, belajar dan kekalkan setia dan doa bayangan indah awal anda termakbul satu hari nanti. Kita mungkin tidak ada dalam bayangan indah itu tapi yakinlah, bayangan indah lain masih ada.

Tuesday, February 28, 2012

Fensi X xRykix #4

Ini terbaik dari xRykix! Raksa aku dimanipulasikan dengan cara yg bijak. Perasaan berkolaberasi dengan sendiri buat, sungguh lain. Kita akan rasa terharu dan terpaku sebab kerja kita disempurnakan lebih daripada yang diimaginasikan. Aku beruntung kenal dengan xRykix. Tak kedekut berkongsi keseronokan dengan aku. Emosi bai aku. Terharu. Nak tengok kerja xRykix, click doodle-monster-art.blogspot.com . Kita kongsi keseronokan bersama sama!

Monday, February 27, 2012

Gubah Flyer #3

 Akhirnya rajin jugak aku buat mengubah flyers ni balik. Ilham datang secara mengejut. Padahal ngantok tahap dewa. Kalau idea tu mencurah curah, memang tak boleh buat apa. Fokus lain macam. Sampai lagu pun aku pause. Macam sebelum ni, yang flyer atas tu sebelum digubah dan kat bawah tu aku yang gubah. Aku sebenarnya teringin nak buat konsep macamni dah lama. Baru sekarang cuba dan rasa puas jugak hati. Kira macam berjaya jugak kot. Kot la kan. Ala bukan selalu syok sendiri. Eh selalu la. Aku tengok pink sana pink sini ni tetiba rasa macam nak pekena Sirap Bandung Ais. Cuaca panas ni sedap ni.

Pasti






Ingat tak Artistik yang aku pernah cerita tu? Kan ada kan sebelum ni aku ada jugak design baju Artistik. Ada kat post sebelum ni. Design dulu dah direject dan didelete. Abadi jadi mockup je la. Kali ni, serius. Aku serius. Oh ya, kenapa sampai nak capap video? Bukan apa, nak kongsi je niatnya. Kenapa ada 4 warna baju? Nak print semua warna ke? Oh tak. Nak print satu warna saja. Saja nak mintak pendapat dan jasa baik kawan sekalian untuk bagitau mana satu yang patut di print. Benda ni untuk jual jadi nak tahu la jugak respon dan minat orang. Ni link, http://www.facebook.com/ThisIsArtistik . Like dan kalau berminat nak guna perkhidmatan mereka, bagitau mereka.

Fensi X xRykix #3

Kali ketiga bai. Serius seronok bekerjasama dengan orang sekepala dan terima idea kita tanpa pertelingkahan anjingan. Kepala yang iras hero zaman aku budak dulu hasil dari pemilik blog yang tidak asing lagi dan doodle-monster-art.blogspot.com nama blog nya. Aku sangat terharu dengan semua ini. Walaupun aku lemah lagi dalam bidang ni tapi ada juga orang percaya kat aku. Tabik!

Friday, February 17, 2012

Normal

Buli tu normal la dalam hidup aku. Aku dah cuba padam normal tu. Nak bagi nampak aku ni kuat dan ada perasaan. Nak bagi aku dihormati. Tapi apakan daya. Kau tengok la sendiri. Aku dah padam normal tu tapi still jugak nampak samar samar. Buli tu dah jadi normal dan aku redha. Eh tak, kalau redha dengan keikhlasan kan? Aku pasrah. Oh ya, yang pakai songkok ada senapang kayu tu dan berbaju hitam tu, budak bilik satu rumah sewa aku yang buat. Dia beruang besar.

Fensi X xRykix #2


Ni iklan makanan ke? Bak kata empunya doodle-monster-art.blogspot.com . Yup, kitorang bekerjasama kali kedua. Tripredoraus tu nama raksasa ni. Sebenarnya raksasa ni ada kaki tapi takkan aku nak buat style binatang peliharaan macam sebelum ni. Apasal Aborted Fetus dia makan? Nama pun raksasa kan. Kalau manusia macam aku dan kau, kita makan Nasi Lemak Ayam Berempah. Aku macam buat style design poster lama tapi susah bai. Tak macam poster lama langsung. Jadi apa yang penting? Jangan membazir tak kira la kau manusia ke raksasa ke apa ke. Membazir kawan apa?