Friday, December 2, 2011

Meluncur

Aku start main skate dari darjah enam. Lama kan? Patutnya dah saing Padin Musa kan? Jimbit. Aku main seronokkan hati saja. Time form 1 sampai form 3, aku rehat dari main skate. Time tu batak Play Station kawan aku dan EX5 kawan aku. Masuk form 4, aku rajin balik. Aku bukan tak percaya dengan "Skaters itu profession" tapi bagi aku, benda tu tengok macamana sekeliling kau jugak. Diorang support ke tak. Kerajaan selalu jugak support benda ni. Pembangkang?  Time aku habis SPM aku ada terbaca kat majalah apa ntah. PAS organize skate comp dekat Terengganu. Menang dapat apa? Ampun, aku lupa.

Monday, November 28, 2011

Hipster

Benda yang kita suka, kena dengan diri kita, aku rasa itu ok. Mesti la ada update sikit kan dalam hidup tapi jangan melampaui batas bendang dan buat orang menyampah tengok kau. Berani bertempat, takut pun bertempat. Satu lagi, hensem kacak bergaya pesona bintang bagai pun kalau perangai najis, dibenci jugak nanti.

Thursday, November 24, 2011

Belum lagi



Adik aku mintak tolong buatkan design untuk Fakulti dia. Aku teruja gila. Nanti kalau jadi, insyaallah, satu budak OM kat Jengka pakai. Bangga aku rasa. Aku dapat buat ilham buat ni daripada Obey punya logo. Aplikasi orang tua panggil.

Bengkok Hebat

Wednesday, ‎December ‎30, ‎2009, ‏‎10:23:39 PM, ini yang aku check kat properties panda ni. Punya lama aku tak perasan aku ada buat ni. Yelakan, dulu batak Illustrator. Aku rasa aku dapat ilham buat panda ni macamni dari Drop Dead punya design kot. Aku ni kan lambat sikit. Korang dah sampai Bulan, aku baru Bukit Broga.

Monday, November 14, 2011

Terharu Gila

Terharu gila babun weh. Kawan aku, Keemai, empunya blog Memography edit kan gambar ni. Masa tu kitorang lepak dekat Pengkalan Balak. Aku tak perasan pulak dia amik gambar adik aku macamni. Baju yang adik aku pakai tu aku lukis pakai fabric marker. Sumpah payah. Aku main bantai lukis. Idea masa tu tak ada tapi rajin memuncak. Thanks Keemai!

Thursday, November 3, 2011

Pelekat Pertama

 
 Ni percubaan pertama aku. Masa buat excited habis. Bila print, excited kurang sikit. Bila dah potong, excited dah hilang. Silap aku, terlalu nak cepat kot. Kenapa gambar baby? Sebab nak budget comel? Ada sebab musabab dia.

Konspirasi Jahat

Ni konspirasi jahat habis ni. Komunis habis. Ya, aku tengah buat lawak. Tak gelak takpe. Yang penting aku gelak. Aku mengarut? Habis dah aku memang suka mengarut nak buat macamana.

Thursday, September 29, 2011

Beranikan diri

Lama gila babun aku tak post. Aku malas weh. Malas macam kalian jugak. Kan kita semua ada malas jugak kadang-kadang kan? Ok, beranikan diri? Ya. Aku sebenarnya penakut. Banyak jugak benda aku takut tapi takut yang aku nak ketengahkan sekarang ialah takut nak letak font dekat lukisan aku. Aku takut merosakkan lukisan tu. Memang ada lukisan sebelum ni yang ada font tapi lagi banyak lukisan aku yang takde font. Sampai bila aku nak takut? Jadi, aku beranikan diri letak font kat lukisan kat atas ni. Aku rasa macam kena. Aku rasa la. Tengok, ni pun rasa takut jugak ni. Aduh. Said the King to the River, lagu yang sungguh buat aku bersemangat. Perjalanan lagu dia dan emosi dia menarik gila. Cuba la dengar. Band yang dendangkan lagu tu, La Dispute.

Sunday, August 7, 2011

Mungkin


Bos besar Artistik suruh design baju jadi ni yang aku mampu hasilkan. Aku rasa ramai yang tak suka belakang baju ni sebab dah macam baju cina atau jepun pulak kan tulisan kebawah bagai. Aku petik balik apa kawan aku cakap, "sekarang orang suka benda yang cool..maksud aku cool, contonhnya design kau..kalau depan je, cool tapi bila belakang kau tulis photography la design la..itu dah macam iklan..dah hilang cool dia..better kau letak artistik je ke apa ke..supaya nampak seolah olah misteri..tapi cool.." Aku faham maksud dia. Kau nak ke pakai baju iklan broadband kat belakang baju? Kau lagi rela pakai baju tulis Celcom je kan? Sebab?

Puasa

Macamana ya? Puasa tapi pemakaian tak puasa. Bila fikir balik, sekurang-kurangnya mereka berpuasa juga kan. Jadi aku buat kesimpulan aku sendiri, aku hormat mereka yang macamni daripada mereka yang bulan puasa pakai tudung, habis puasa, buat iklan syampu 24 jam. Kenapa aku malas nak update blog aku? sebab aku terlupa password. Sekarang baru aku ingat.

Tuesday, July 26, 2011

Menolong



Sepatutnya Art Festival kan? Nak buat macamana kan. Kekadang tu permintaan orang ni unik sikit jadi layankan saja. Ada orang mintak tolong buat design tshirt. Tema dia, "Festival Art dan suka hati faiz nak buat macamana". Jadi ini la suka hati aku. Memang kecut poket dorang kalau nak print benda ni. Aku dah tak tau macamana nak kurangkan lagi warna dah. Aku rasa dorang lagi bagus print digital. Baru tampak lain dari lain sikit kan? Budget pun memang lain dari lain jugak la kan. Idea ni semua tercetus bila aku tengok Obey punya poster, The Weekend Session punya website dan Young The Giant punya cover album.

Friday, July 15, 2011

Cari Makan

Kawan aku ajak aku jadi designer untuk Artistik. Aku dengan teruja nya join sebab bukan selalu orang ajak aku ataupun percaya dengan aku. Ok, Artistik ni bagi perkhidmatan macam photoshoot dan design. Nak tahu lebih lanjut, pergi kat sini, http://theartistik.tumblr.com/ . Berjam jugak la aku nak memahami tumblr ni. Sebijik macam aku nak memahami blogspot ni dulu.

Monday, July 11, 2011

Pallas Jazz

Aku minat gila design kasut yang simple dan santai. Sekarang, aku suka kasut hitam semua. Bagi aku nampak kemas je bila dipadankan dengan apa jenis warna. Ada juga aku terasa macam pengawas sekolah tapi itu biasa la. Mainan minda la kononnya kan. Apa yang aku suka gila kat kasut atas ni, logo dalam kasut tu, design kat lidah dia dan tulisan "Jazz" kat tepi tu. Tampak klasik gila bagi aku. Macam boleh berdiri tegak sebelah Vans. Kalau korang berminat, dapatkan di Tesco berdekatan. Harga murah gila. Tak silap aku, RM28. Satu lagi, aku harap gila yang Pallas perasan potensi kasut diorang yang design macamni. Senang cerita, yang design ala Vans ni. Boleh pegi jauh kasut ni. Kalau diorang sponsor orang yang berpengaruh macam skaters ke band ke pe ke, mesti boleh naik. Diorang cuma perlu tukar material diorang macam tapak kasut. Tapak kasut diorang agak tak tahan. Mungkin aku yang banyak jalan tapi bagi aku, memang cepat sangat haus tapak dia. Aku ingat nak beli satu lagi tapi yang design biasa budak sekarang pakai tu. Aku nak buat meluncur. Kasut skate aku dah macam kapal pecah dah. Kalau aku terlebih duit, aku nak cari design kasut ni yang lain. Semua jenis Pallas Jazz aku nak beli. Aku nak kumpul banyak-banyak. Kalau orang Malaysia sendiri tak beli produk Malaysia tanah air diorang sendiri, siapa lagi yang nak beli? Jangan sampai orang luar yang perasan dulu baru kita nak terhegeh-hegeh. Masa tu nasi pun dah jadi bubur lambok dah.

Monday, July 4, 2011

Kawan

Ini ialah penghargaan untuk kawan. Aku mana ada duit sangat nak belanja ke apa ke sebagai tanda penghargaan. Aku dapat buat apa yang mampu saja. Aku hargai sangat kat kawan aku yang banyak tolong aku masa susah dan masa senang. Aku berterima kasih kat kawan aku yang ajar aku mana yang buruk mana yang baik. Aku bersyukur ada kawan yang jadi macam adik beradik aku sanggup teman aku pergi sana sini. Aku tersenyum ada kawan yang mesej aku sampai aku ketawa. Aku tergelak ada kawan yang sudi menganjing aku dan terima anjingan aku. Pada kawan yang aku selalu susahkan, aku minta maaf sangat. Siapa lagi aku nak harap kalau bukan dengan kawan sendiri. Jika ada budi yang aku tak balas, aku minta maaf sangat kali kedua. Kita sama, kadang terlupa. Ok, jangan lupa lawat blog kawan aku kat atas ni. Ni link dia, http://memographycreative.blogspot.com/p/package.html .

Tuesday, June 28, 2011

Radio Now Bleeding

Ini ialah design untuk band aku bersama adik aku, dan dua orang kawan baik aku yang aku anggap macam adik beradik dah. Sebelum ni band aku mati kejap atas sebab tertentu. Air yang dicincang takkan putus, sama la macam band aku ni. Kalau dah minat, takkan mati band ni. Jadi kitorang berseronok balik berjamming sambil bergelak ketawa. Kitorang excited nak record secara track by track. Duit cukup, terus masuk studio.

Konon

Poyo kan? tapi betul. Tipu la bilik kalian rapi lagi bersih 24 jam. Aku mengaku bilik aku bersepah macam lahanat. Nak kemas, mesti fikir sepah balik dan nanti jadi makin bersepah dan bersepah. Masa start buat ni, aku ingat tak nak letak font tapi sampai bila aku nak penakut je kan? Jadi, aku beranikan diri. Ampun kalau menggelabah, aku cuba nak jadi setenang air dimuara tapi apa kan daya.

Sambilan

Menurut data created dekat laptop aku ni, benda ni aku buat pada tarikh 18 November 2009. Aku ingatkan tahun lepas benda ni aku buat. Sepatutnya benda ni jadi design tshirt untuk Kemuncup. Ala time tu kan zaman komuniti semua. Bagi aku, salah, bila kita dah ramai dan kita nak hentam semua orang. Orang lain ada hak diorang juga. Bukan kita saja. Jadi berhenti la maki orang ke kutuk ke nganjing ke yang lebih kearah menjatuhkan orang. Kalau bergurau, tak salah dan akhiri la dengan maaf bermaafan. Satu lagi, jangan fikir buruk saja. Memang kawan kita kuat menganjing, kuat maki, kuat kutuk tapi tak logik dek akal la dia 24 jam macamtu kan? Diorang manusia sama macam kita. Kalau kita perangai macam celaka, ada kita perasan?

Thursday, June 23, 2011

Demo

Syok sendiri kan? Nak buat macamana, bosan dan ditambah dengan berangan. Memang macamni la hasil dia. Minta maaf kalau tampak over. Aku mana tau sangat nak buat design brutal gila tapir. Lagipun aku sekarang lebih minat kat design macamni. Bagi aku, nampak lebih berperasaan. Kalau internet laju dan bosan tahap gaban, cuba download ni, http://www.mediafire.com/?tixlftp26d96p5e . Kalau tak suka, dengan pantasnya delete balik. Jangan hipokrit simpan benda yang kau tak suka tau.

Monday, June 20, 2011

Kebajikan

Aku selongkar laptop aku tadi dan terjumpa benda ni. Aku terus tergelak sebab macam lari tajuk gila konsep aku. Yang penting aku laksanakan tugas aku dan ketua projek Charity Sale ni suka poster ni. Semua budak yang repeat subjek Management kena organize benda dan selepas sesi bincang membincang, Charity Sale yang dipilih. Setiap seorang ada tugas masing-masing. Tugas aku, benda atas ni dan kena tampal benda atas ni kat fakulti. Aku tahu yang poster ni simple sangat tapi nak buat macamana, aku bukannya hebat.

Thursday, June 16, 2011

Gubah Flyer #2


Ni flyers yang kedua. Aku dapat siapkan dalam masa sejam sebab aku nak cepat pegi kerja. Tema biru ni bukan aku tengah horny ke apa. Saja nak cuba main warna biru. Aku jarang sikit main warna biru ni. Sebelum tu, macam biasa, yang atas flyers asal, bawah yang diedit oleh aku. Ok, aku pergi kerja dulu.

Geeszo


Ini ialah untuk klien aku yang tak berapa nak klien sangat lah kan. Tolong adik aku. Dia mintak tolong design jersi untuk event futsal kelas dia, lebih kurang camtu lah. Dia suruh buat warna merah biru dan satu lagi ikut aku. Masa dia tanya tu terus aku terbayang LA Lakers punya jersi. Lepas tu ada iras dengan warna logo UiTM. So aku buat warna ungu dan kuning. Aku sengaja larikan elemen futsal dekat baju ni sebab nak bagi kelainan la kononnya. Nanti boleh la buat berjalan ke berpacaran ke. Design memang habis simple aku bagi sebab adik aku pun nak simple. Tapi aku cuba jugak buat logo yang tampak bermaruah sikit. Aku tengok macam bermaruah tapi tak tau la orang lain fikir macamana kan? Lain orang lain pendapatnya.

Monday, June 13, 2011

Sunyi

Sunyi Edan Kegrafikan ni lepas aku bekerja sebagai buruh di 7-11. Masa tu memang cemburu betul dengan aku. Syif tak tentu. Susah juga aku nak telan sebab dah lama tak bekerja. Last bekerja dulu pun masa aku part 2 cuti semester diploma. Aku ada rasa macam nak cari kerja lain sebab kerja ni buat aku sedih. Sedih bukan sebab aku gedik mengada bagai, sedih sebab tengok orang "kita" pada waktu malam macamana. Aku tak sanggup bergelumang dengan suasana tu. Ok, yang atas ni, aku buat untuk blog perkongsian aku dengan member aku. Harap dia suka.

Saturday, May 21, 2011

Fensi

Aku bukan budak grafik. Tengok sendiri kerja aku pun dah boleh tahu yang aku ni bukan budak grafik kan? Aku tahu dan aku sedar. Tujuan aku buat Edan Kegrafikan ni pun sebab aku nak kongsi benda yang aku minat ni ataupun hobi masa lapang atau bosan aku ni dengan siapa yang sudi membaca dan ada minat yang sama dengan aku. Ni la aku rasa medium terbaik aku untuk bagitahu dekat orang lain apa yang aku fikir, apa yang aku minat dan apa yang aku baru pelajari. Minta maaf jika aku buat kalian meluat atau rasa benci. Aku Fensi, salam perkenalan.

Thursday, May 19, 2011

Terpaksa

Kami boleh ikhlas tapi kalau boleh tu jangan la mencabar keikhlasan kami. Kami pun nak jugak ikut hati sendiri, ikut masa sendiri dan ikut fikiran sendiri. Asyik nak ikut bontot kau, memang tekanan jiwa la kami. Tapi, bukan semuanya pahit kami kena telan. Jadi kami berterima kasih, pada benda manis yang kami enjoy bersama kau, kawan lama.

Wednesday, May 18, 2011

Gengster Bilik

Aku semangat design ni lepas aku tengok klip video Cypress Hill feat dengan Tom Morello tadi. Tajuk lagu dia Rise Up kalau tak silap. Sumpah terbaik video dia dan lagu pun asyik. Gitar Tom Morello dah la Semi Hollow,belang merah dan hitam pulak tu. Geram aku tengok. Try search kat youtube.  Sebab bosan, tu sampai Cypress Hill pun aku layan. Lagipun kawan baik aku yang sebilik dengan aku suka sangat Cypress Hill ni. Ni kira tribute untuk dia jugak la. Oh yang Ralatan tu, saja aku letak. Abaikan benda tak penting tu.

Pencuri Mahkota

Aku mengalami tahap bosan yang hybrid lalu aku pun design benda ni untuk band member aku. Band member aku ni main metalcore. Aku cuba me"metalcore"kan diri aku buat design ni sambil dengar lagu band metalcore yang aku minat macam Everytime I Die, A Girl A Gun A Ghost dan My America is Watching Tigers Die tapi tu semua benda dulu. Sekarang aku hipster. Eh, dulu pun aku hipster jugak. Senang cerita, aku hipster selamanya. Balik kepada cerita asal, aku dengar band tu semua poyo nak jiwai la kononnya. Lepas 3 jam macamtu, ini la hasilnya. Jelas aku agak tak berjaya sangat tapi seronok jugak cuba benda baru.

Sunday, May 15, 2011

Gubah Flyer #1

Bosan pulak aku cuti semester ni. Nak cari kerja, malas tengah bermaharajalela lagi. Dipendekkan cerita, semalam aku saja tengok balik flyers Radio Now Bleeding dan secara tetiba dapat idea nak gubah flyers tu dengan cara aku. Dengan cara ni, cair la segala idea yang beku dalam otak. Ada lagi 7 flyers yang tunggu masa nak digubah. Satu ni pun dah berjam-jam. Ish, ni siput ke manusia buat kerja ni? Sebelum terlupa, flyer yang atas tu sebelum aku gubah ataupun dengan nama rasminya, flyer asal. Dekat bawah tu yang selepas aku gubah.

Saturday, May 14, 2011

Mata Ikan

Aku suka lens Fisheye tapi, sekadar suka. Aku tak mampu nak beli sebab aku rasa benda lain lagi penting dan harga dia, mangai. Kalau aku ada terlebih rezeki dan dah tak ada benda nak beli dah, confirm aku beli. Lomo Fisheye pun aku suka tapi aku rasa lagi best beli lens Fisheye dari Lomo Fisheye. Walaupun Lomo Fisheye tu ada yang comel dan menarik, tapi aku rasa macam tak berbaloi duit aku dihabiskan untuk itu. Ala manusia, mula-mula cakap camni. Lama-lama apa yang diludah dulu tu dijilat balik, kan? Aku pun manusia. Satu lagi, aku benci mata ikan kat dalam mulut. Nak makan keli goreng cicah sambal belacan pedih, cicah tempoyak pun pedih. Gosok gigi? Aduhai. Harap cepat hilang mata ikan ni.

Monday, May 2, 2011

Sendiri

Budak umah aku banyak sangat kertas hijau bersaiz A2 lebih sebab diorang ada kerja yang melibatkan latar belakang hijau dan After Effect. Dah habis kerja diorang, aku tengok kertas tu semua terbiar. Jadi aku amik sehelai, pinjam marker rakan sebilik aku dan conteng. Selesai saja aku conteng, aku terus tampal kat bilik. Ini kali pertama aku melukis kat kertas bersaiz A2 dan kelenguhan tangan dia, mangai. Err, ampun marker tinggal sikit dakwat.

Sunday, May 1, 2011

Bodoh

Sekeliling aku sekarang dah banyak sangat lelaki buta mata dan otak. Perempuan berjuta pun nak jugak pondan. Kenapa bodoh sangat sampai macamtu? Ke itu cara paling mudah untuk dorang lepaskan nafsu? Aduhai. Pondan pulak, berleluasa macam cendawan. Maruah tu mana dia campak ntah. Dulu zaman diploma aku, aku tak nampak sangat benda-benda ni. Mungkin kawasan kampung. Paling sedih, yang banyaknya, melayu aku dan kau. Aduhai kali kedua.

Saturday, April 30, 2011

Dengki

Cara kau kotor wahai manusia dengki. Kau lagak pandai tapi sampai mana kau? Aku? Sekurang-kurangnya aku tahu diam bila kena diam dan tahu buat bila aku dah faham nak buat. Aku sampai mana yang aku nak sampai. Kau? Mulut kau dah sampai bertahun, benda yang kau nak buat lepak membeku dalam kepala. Ampun luahan aku agak gelabah tapi ni memang buat aku tekanan sikit. Kawan patutnya tolong kawan, bukan berlagak comel dan secara senyap tembak aku dari belakang.

Thursday, April 21, 2011

Kerusi Hipokrit

Dah lama aku lukis benda ni cuma semalam baru teringat nak sempurnakan. Memula aku ingatkan nak buat ni jadi design kedua Ralatan tapi macam tak sesuai. Sebab? Aku pun tak tau. Aku masih buat dekat Photoshop semua benda ni dan yang latar belakang tu, aku main bantai search kat Google Images, gambar tasik. Nak lukis tasik memang aku lemah. Permandangan, buat aku rasa macam nak patahkan pensil 2B. Memang la tak salah belajar tapi kalau dekat tempat kau menimba ilmu pun tak dapat apa yang ko nak belajar, ni bila nak lukis, nak paksa diri lukis permandangan bagai. Pebenda tu? Bagi aku, tak payah paksa diri. Kalau ada peluang buat apa yang kau suka, kau buat. Cukuplah dengan hipokrit kau, kau nak tambah dengan tampak hebat boleh buat semua benda. Inilah manusia, jangan berlagak multi-tasking sangat.

Monday, April 18, 2011

Baju Bersepah

Rakan sebilik aku marah aku selalu campak baju sana sini. Biasa la kan orang bujang pemalas sikit tapi memang teruk jugak kadang-kadang tahap sepah baju aku. Masa tu aku baru lepas layan lukisan pelukis Jepun yang aku dah lupa nama dia tapi sumpah lukisan dia memang buat aku melayang. Jadi, lepas habis aku mengemas baju aku terus lukis benda kat atas ni dan sempurnakan dekat Photoshop. Ada la pengaruh pelukis Jepun yang aku lupa nama tu tapi aku punya tahap pra-sekolah lagi sebab tahap ketelitian dan mood dia memang teleng kepala aku seminit.

Saturday, April 16, 2011

Ralatan

Daripada aku sekolah aku berangan nak ada brand sendiri pastu bawak kat diploma pulak, aku teringin nak buat clothing line sendiri. Ada jugak aku tolong kawan buat design baju. Pernah dengar Kemuncup? ada satu design aku dorang print. Pastu ada band kawan aku, Dinner with Inamorta. Dorang pakai design aku jugak buat baju band dorang tapi silap dorang mintak abang print baju tu kurangkan warna baju tu sebab nak jimat kos. Memang abang tu buat cikai je la. Kesian dorang. Lepas dah banyak sangat berangan, aku buat keputusan nak print jugak baju. Aku berganding dengan adik aku, kongsi duit dan hantar print dekat Melaka. Syukur sambutan boleh buat aku dan adik aku senyum. Lagipun aku jual kat kawan je. Ralatan tu apa? Ralatan tu bagi aku orang yang kita tengok dari luaran nampak tak betul tapi ada betul cuma kita tak nampak. Orang macam ni jenis yang tak mencapap dan ikut resmi padi. Ilham design baju kat atas ni aku dapat dari kawan sekeliling aku yang bercinta dalam tiga segi dan dapat akibat dari cinta tiga segi.

Menurut Perintah

Aku tak kisah menurut pertolongan orang sebab otak aku dah set dah, tolong orang,orang tolong kita. Tapi aku rasa susah jugak nak dapat orang yang sedar diri dan tahu menghargai dan ayat sepatutnya aku tulis, orang yang tahu tolong kita balik. Kawan baik aku pernah pesan, jangan harapkan sangat orang tolong balik. Kena ikhlaskan hati. Kesimpulan dia, aku ni antara orang yang mengharap balasan.Aduhai, termenung lama aku dibuatnya. Tak sedar langsung benda tu. Jadi sekarang aku ada mindset baru, kita tolong orang dengan ikhlas hati dan senyum. Jangan harapkan balasan tapi kalau dia nak balas jugak, orang kata rezeki jangan ditolak. Sebelum terlupa, Obey kat atas semester lepas punya kerja. Aku minat gila dengan corak Obey ni.

Wednesday, April 13, 2011

Bukan hitam putih

Ini versi dah warna punya. Dendam Mahkota tu sepatutnya band projek tapi macam tak pasti punya band so anggap saja benda tu sekadar hiasan. Aku buat ni semua kat dalam Photoshop. Aku pencinta Photoshop sekarang. Aku punya la pelik dulu asal la orang suka sangat Photoshop tu tapi sekarang baru aku faham. Time zaman diploma dulu aku lebih batak kat Illustrator. Biasa la kan, zaman berubah, orang berubah.

Monday, April 11, 2011

Buku kedai kopi






Ini semua hasil olahan sketch dari kawan-kawan terdekat. Oh sebelum terlupa, ini semua kerja untuk subjek Book Design. Semester lepas punya kerja. Ingat nak letak sketch dia sekali tapi kelajuan internet mengecewakan sikit. Ini la pertama kali aku warna pakai Photoshop. Yup, susah gila tapi dah lama tu seronok pulak. Aku paling suka lukisan yang atas sekali tu sebab aku macam layan gila lukis dan warna benda tu.