Sunday, March 4, 2012

Fensi X xRykix #5

Menurut blog http://doodle-monster-art.blogspot.com, Karekter utama tu namanya Monster Cop. Menarik penjelasan dari xRykix. Aku buat 4 beradik roh raksasa ni follow Monster Cop ni. Mungkin ada sebab diorang ikut Monster Cop ni. Macam dalam hidup ni, kita mengikuti kehidupan seseorang tu sebab apa? Itu semua bergantung pada diri sendiri. Ada yang pasal sebab orang ni hensem, orang tu lawak, orang ni poyo dan lain lain lagi. Kalau paling sweet, sebab jatuh cinta. Ha, mungkin juga 4 beradik roh raksasa ni jatuh cinta dekat Monster Cop? Dunia dorang lain dari dunia kita.

Thursday, March 1, 2012

Agak

Yang sedihnya, bukan semua kita dapat. Cakap memang senang tapi yang cuba jadi si penenang ni boleh tahan jugak payah dia. Memang susah sebenarnya. Bayangan indah masa depan tu yang paling menyakitkan. Pada yang beratur dekat barisan bukan jodoh, jangan risau sebab ramai yang berdoa anda jumpa jodoh anda dan pada yang beratur dekat barisan dah berjodoh, belajar dan kekalkan setia dan doa bayangan indah awal anda termakbul satu hari nanti. Kita mungkin tidak ada dalam bayangan indah itu tapi yakinlah, bayangan indah lain masih ada.

Tuesday, February 28, 2012

Fensi X xRykix #4

Ini terbaik dari xRykix! Raksa aku dimanipulasikan dengan cara yg bijak. Perasaan berkolaberasi dengan sendiri buat, sungguh lain. Kita akan rasa terharu dan terpaku sebab kerja kita disempurnakan lebih daripada yang diimaginasikan. Aku beruntung kenal dengan xRykix. Tak kedekut berkongsi keseronokan dengan aku. Emosi bai aku. Terharu. Nak tengok kerja xRykix, click doodle-monster-art.blogspot.com . Kita kongsi keseronokan bersama sama!

Monday, February 27, 2012

Gubah Flyer #3

 Akhirnya rajin jugak aku buat mengubah flyers ni balik. Ilham datang secara mengejut. Padahal ngantok tahap dewa. Kalau idea tu mencurah curah, memang tak boleh buat apa. Fokus lain macam. Sampai lagu pun aku pause. Macam sebelum ni, yang flyer atas tu sebelum digubah dan kat bawah tu aku yang gubah. Aku sebenarnya teringin nak buat konsep macamni dah lama. Baru sekarang cuba dan rasa puas jugak hati. Kira macam berjaya jugak kot. Kot la kan. Ala bukan selalu syok sendiri. Eh selalu la. Aku tengok pink sana pink sini ni tetiba rasa macam nak pekena Sirap Bandung Ais. Cuaca panas ni sedap ni.

Pasti






Ingat tak Artistik yang aku pernah cerita tu? Kan ada kan sebelum ni aku ada jugak design baju Artistik. Ada kat post sebelum ni. Design dulu dah direject dan didelete. Abadi jadi mockup je la. Kali ni, serius. Aku serius. Oh ya, kenapa sampai nak capap video? Bukan apa, nak kongsi je niatnya. Kenapa ada 4 warna baju? Nak print semua warna ke? Oh tak. Nak print satu warna saja. Saja nak mintak pendapat dan jasa baik kawan sekalian untuk bagitau mana satu yang patut di print. Benda ni untuk jual jadi nak tahu la jugak respon dan minat orang. Ni link, http://www.facebook.com/ThisIsArtistik . Like dan kalau berminat nak guna perkhidmatan mereka, bagitau mereka.

Fensi X xRykix #3

Kali ketiga bai. Serius seronok bekerjasama dengan orang sekepala dan terima idea kita tanpa pertelingkahan anjingan. Kepala yang iras hero zaman aku budak dulu hasil dari pemilik blog yang tidak asing lagi dan doodle-monster-art.blogspot.com nama blog nya. Aku sangat terharu dengan semua ini. Walaupun aku lemah lagi dalam bidang ni tapi ada juga orang percaya kat aku. Tabik!

Friday, February 17, 2012

Normal

Buli tu normal la dalam hidup aku. Aku dah cuba padam normal tu. Nak bagi nampak aku ni kuat dan ada perasaan. Nak bagi aku dihormati. Tapi apakan daya. Kau tengok la sendiri. Aku dah padam normal tu tapi still jugak nampak samar samar. Buli tu dah jadi normal dan aku redha. Eh tak, kalau redha dengan keikhlasan kan? Aku pasrah. Oh ya, yang pakai songkok ada senapang kayu tu dan berbaju hitam tu, budak bilik satu rumah sewa aku yang buat. Dia beruang besar.